Thursday 20 September 2012

Premium Beautiful Kena Saman


Mesti ramai yang terkejut tengok entri fara kali ini. Biar betul korset hebat ni kena saman. Hehehe..saje je buat entri macam ni. Sebenarnya tak pernah pun keluar di akhbar atau di internet berita tentang korset Premium Beautiful disaman.

Kenapa fara berani cakap macam tu?? Ye la..Korset ni memang telah terbukti keberkesanannya, so mana ade customer yang nak saman. Semua customer berpuas hati dengan kesan segera korset ini. Tambahan lagi, FIR yang ada di dalam serat benang produk ini memainkan peranan dengan sangat efektif.

Selain itu, produk Premium Beautiful mendapat pengiktirafan Superbrand. Bukan calang-calang produk yang boleh mendapat pengiktirafan ini. Untuk mengukuhkan lagi , syarikat Hai-O ini mendapat sokongan kuat kerajaan Malaysia kerana telah melahirkan ramai jutawan bumiputera dan ramai lagi yang  dinobatkan sebagai jutawan. Tiga orang Perdana Menteri Malaysia telah memberi sokongan padu dan memberikan pelbagai anugerah bagi menyokong syarikat ini.


 Anugerah Bintang Syarikat Harapan- ni Dr. Mahathir yang bagi


ANugerah CSR PERDANA 2009 - memperkasakan wanita - Datuk Seri NAjib yang bagi


 Anugerah MECD 2007 - ni Pak Lah yg bagi


Jadi pada siapa2 yang tak berapa nak yakin dengan produk hebat ni, bolehlah pikir kembali samaada nak guna atau tak korset Premium Beautiful ni. Dan kepada mereka yang asyik nak mematahkan semangat fara tu, ada fara kisah? Nak cakap apa pun, cakap la. Yang penting, memang da terbukti produk ni memang terlaris di pasaran

korang da dapatkan belum??
dapatkan sebelum terlambat okey...
yang nak tau pasal bisnes yang mashuk ni...
jgn segan2... pm @ msg @ call je fara
019 -2834647

Friday 14 September 2012

BREASTFEEDING MOM

  
alaaaa... susah la nk breastfeeding bile pakai korset ni... banyak da faradengar rungutan2 ibu yang menyusu badan kt luar sana...isshhhh... tak susah laa.. Premium Beautiful direkacipta sesuai bagi yang menyusu badan

meh..fara share ckit antara kelebihan dan kebaikan PREMIUM BEAUTIFUL bagi ibu2 yang menyusu badan kat luar sana tu : 
  
  • Susu badan tidak akan mengering malahan produksi susu badan menjadi semakin lancar.

  • Anda tidak akan merasai pembekakan susu jika berlaku gap penyusuan kerana cup Premium Beautiful menyeimbangkan pembesaran buah dada dan produksi susu.

  • Payudara anda tidak akan jatuh. Ini berbeza sekali dengan pemakaian bra biasa yang memberi kesan menekan kebawah yang akan memburukkan keadaan dimana payudara akan jatuh tanpa sedar. 

  • Payudara yang lembik akan pejal dengan pemakaian Premium Beautiful- bantu memejalkan payudara yang lembik.

  • Cup Premium Beautiful bersifat kapas 'cotton bra'. So, ia memberi kesan rasa selesa dan payudara boleh bernafas- secara tidak langsung dapat mencerahkan puting payudara.
 
  • Pemakaian PB boleh mengelakkan berlakunya payudara bernanah atau susu masam yang boleh menyebabkab breast cyst.

Pada ibu2 kt luar sane n bakal2 ibu... jangan jadikan alasan ye...yang menyusu ni susah bila pakai korset... 
Tak cube..Tak tahu!!!

Dapatkan set PREMIUM BEAUTIFUL sekarang ye ibu2...

pm@sms@call 

fara
019 2834647
fa_rin4@yahoo.com

Wednesday 12 September 2012

Segmen Hanif Idrus Menerjah


Kali ini fara nak join satu segmen dari blogger Hanif Idrus. Husband fara yang tag fara untuk join segmen ni. Motif segmen ni ialah untuk menarik lebih banyak trafik dan follower ke blog kita.Jeles tengok blog hubby fara yang dah banyak follower dia.

Blogger Hanif Idrus ni akan personally terjah blog kita. Harap backlink akan melimpah ruah macam income dari bisnes korset Premium Beautiful ni.

MULA PADA 27 AUGUST HINGGA 30 SEPTEMBER 2012

Cara nak sertai segmen ni pun senang jer. Kawan2 klik je kat banner segmen ni. Terus secara tak sedar kawan2 dah sampai ke blog abang ni

Nak tag pada kawan2 yang baca blog ni boleh? 

Tuesday 11 September 2012

Gangnam Style Boleh Memurtadkan




Demam Gangnam Style semakin menjadi-jadi dan ramai yang memperkatakan fenomena baru ini dari sudut positif dan negatif. Kalau nak difikirkan dari logik akal manusia yang waras, memang video klip Gangnam Style ada memaparkan bahan yang tidak patut ditonton oleh kanak-kanak. Pergaulan bebas lelaki dan perempuan memang tidak dibenarkan oleh Islam tetapi itu bukan halangan bagi mereka kerana budaya mereka memang tidak terikat dengan larangan tersebut. 

Aku ada terbaca satu printscreen yang dikongsi di Facebook yang mengatakan Gangnam Style ini menyesatkan. Sejauh mana kebenaran itu aku tak pasti sebab aku difahamkan Gangnam adalah nama satu tempat di Korea.
Printscreen mengatakan Gangnam Style membawa pada murtad


Di sini aku cuma ingin membincangkan sudut positif yang boleh dicontohi dari kejayaan muzik ini. Perkara pertama kita boleh lihat ialah rakyat Korea terus menerus berusaha menaikkan nama negara mereka di persada dunia melalui berbagai medium. Tidak kira dari sudut muzik, filem, drama dan artis mereka. Kemunculan banyak parody berkenaan Gangnam Style ini menunjukkan ia memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan. Kenapa kita rakyat Malaysia tidak mencipta sesuatu yang boleh menjadi fenomena seperti ini?
Apa saja gaya telah ditag sebagai Gangnam Style
Dari sudut perlumbaan teknologi pula, Korea memang jauh mengatasi negara kita. Walaupun telah disaman dengan jumlah yang tinggi, Samsung dengan selamba melancarkan gajet-gajet baru yang menjadi buruan penggila gajet. Ini membuktikan mereka tidak takut untuk terus bersaing di peringkat global di samping menjenamakan negara mereka sebagai penghasil gajet yang hebat dan berkualiti.
Samsung Galaxy Note 10.1..menawan..
Bidang automobil mereka juga menunjukkan kehebatan dengan pengenalan jentera baru. Mereka tidak pernah sunyi dari produk-produk yang hebat dan mampu memikat hati pengguna di luar sana baik di dalam dan luar negara Korea. Kalau dulu, Hyundai tidak dipandang namun sekarang ia telah menjadi sejarah di mana sekarang mereka mampu bersaing dengan jenama lain dalam memasarkan produk mereka.
Cantik dan menawan
Alangkah indah jika rakyat Malaysia bersatu hati dalam memajukan negara sendiri dan bersungguh-sungguh menaikkan nama negara seperti rakyat Korea di luar sana.Kita memiliki sumber dan tenaga kerja yang hebat namun ia dipersiakan kerana rakyat kita lebih suka bercakaran sesama sendiri kerana berlainan pendapat. Alangkah ruginya kerana orang lain berlumba-lumba untuk maju tetapi kita masih suka bersengketa yang langsung tidak memberi manfaat dan hasil yang positif untuk kelangsungan hidup generasi akan datang.
 
 
sumber:direct daripada Rojak One Malaysia