Lee Chong Wei tewas lagi kepada Lin Dan. Tragedi di Beijing berulang kembali dan jiwa rakyat Malaysia terus menderita mengharapkan emas pertama Olimpik yang tak kunjung tiba. Setelah berjuang hingga ke mata terakhir, Chong Wei akhirnya akur dengan kehebatan Lin Dan.
*si budak nakal Lin Dan*
Fara pun tengok game ni di Angsana Johor Bahru sebab tengah cari kasut raya Afiq Rayyan.Bayangkan satu tv kecik hitam putih, sampai berpuluh orang berkumpul untuk tengok pertarungan final ini. Begitu tinggi harapan rakyat Malaysia untuk melihat rakyat Malaysia pertama mengucup pingat emas Olimpik.
Mungkin ini akan menjadi Olimpik terakhir Chong Wei dan kita akan terus menanti siapakah yang akan mencatat nama menjadi rakyat Malaysia pertama mendapat pingat emas Olimpik. Harapan kita sekarang mungkin beralih kepada seorang lagi atlet yang ada kebarangkalian untuk menggondol pingat emas iaitu Azizuhasni Awang dalam acara berbasikal.
Adakah kita akan terus kecewa? Atau Olimpik 2012 akan menjanjikan satu kenangan manis kepada kontinjen Malaysia. Siapa tau?
adoi..sangat frust..
ReplyDelete