Wednesday 31 October 2012

Biozone Food Purifier


Hai..lamanya Fara tak update blog. Bz sangat dengan kerja dan sudah pasti dengan bisnes Fara. Kali ni Fara nak share satu lagi produk hebat dari syarikat kami yang kukuh ni. Produk ni sepatutnya dimiliki oleh setiap rumah di Malaysia kerana ia membantu menyingkirkan segala macam bagai bahan yang tak elok dalam makanan kita. Produk hebat tersebut ialah BIOZONE Food Purifier. Fara upload gambar dan video untuk memudahkan korang semua paham yek. Bahan mentah yang kita makan setiap hari mengandungi lemak tepu, bahan kimia dan macam2 lagi yang Fara pun susah nak taip semua. Jadi, Biozone Food Purifier yang gunakan kuasa ozon ni boleh meneutralkan atau menghilang semua benda2 yang tak elok dalam makanan kita. Fara bagi gambar ayam sebab kita hari2 makan ayam kan? Tau tak semua yang ayam tu masa di ladang dah dicucuk dengan ubat untuk cepat membesar. Ubat tu la yang kekal dalam isi ayam dan kemudian kita pun dengan sedapnya makan ayam bersama ubat. Tak ke kita pula yang membesar??


Rasanya lepas tgk video ni korang pasti macam tak nak makan ayam dah kan? Jadi, apa perlu tunggu lagi..

Lemak yang mengeras yang dikumpul dari ayam
Kontek Fara untuk dapatkan harga terhebat
019-2834647

Thursday 20 September 2012

Premium Beautiful Kena Saman


Mesti ramai yang terkejut tengok entri fara kali ini. Biar betul korset hebat ni kena saman. Hehehe..saje je buat entri macam ni. Sebenarnya tak pernah pun keluar di akhbar atau di internet berita tentang korset Premium Beautiful disaman.

Kenapa fara berani cakap macam tu?? Ye la..Korset ni memang telah terbukti keberkesanannya, so mana ade customer yang nak saman. Semua customer berpuas hati dengan kesan segera korset ini. Tambahan lagi, FIR yang ada di dalam serat benang produk ini memainkan peranan dengan sangat efektif.

Selain itu, produk Premium Beautiful mendapat pengiktirafan Superbrand. Bukan calang-calang produk yang boleh mendapat pengiktirafan ini. Untuk mengukuhkan lagi , syarikat Hai-O ini mendapat sokongan kuat kerajaan Malaysia kerana telah melahirkan ramai jutawan bumiputera dan ramai lagi yang  dinobatkan sebagai jutawan. Tiga orang Perdana Menteri Malaysia telah memberi sokongan padu dan memberikan pelbagai anugerah bagi menyokong syarikat ini.


 Anugerah Bintang Syarikat Harapan- ni Dr. Mahathir yang bagi


ANugerah CSR PERDANA 2009 - memperkasakan wanita - Datuk Seri NAjib yang bagi


 Anugerah MECD 2007 - ni Pak Lah yg bagi


Jadi pada siapa2 yang tak berapa nak yakin dengan produk hebat ni, bolehlah pikir kembali samaada nak guna atau tak korset Premium Beautiful ni. Dan kepada mereka yang asyik nak mematahkan semangat fara tu, ada fara kisah? Nak cakap apa pun, cakap la. Yang penting, memang da terbukti produk ni memang terlaris di pasaran

korang da dapatkan belum??
dapatkan sebelum terlambat okey...
yang nak tau pasal bisnes yang mashuk ni...
jgn segan2... pm @ msg @ call je fara
019 -2834647

Friday 14 September 2012

BREASTFEEDING MOM

  
alaaaa... susah la nk breastfeeding bile pakai korset ni... banyak da faradengar rungutan2 ibu yang menyusu badan kt luar sana...isshhhh... tak susah laa.. Premium Beautiful direkacipta sesuai bagi yang menyusu badan

meh..fara share ckit antara kelebihan dan kebaikan PREMIUM BEAUTIFUL bagi ibu2 yang menyusu badan kat luar sana tu : 
  
  • Susu badan tidak akan mengering malahan produksi susu badan menjadi semakin lancar.

  • Anda tidak akan merasai pembekakan susu jika berlaku gap penyusuan kerana cup Premium Beautiful menyeimbangkan pembesaran buah dada dan produksi susu.

  • Payudara anda tidak akan jatuh. Ini berbeza sekali dengan pemakaian bra biasa yang memberi kesan menekan kebawah yang akan memburukkan keadaan dimana payudara akan jatuh tanpa sedar. 

  • Payudara yang lembik akan pejal dengan pemakaian Premium Beautiful- bantu memejalkan payudara yang lembik.

  • Cup Premium Beautiful bersifat kapas 'cotton bra'. So, ia memberi kesan rasa selesa dan payudara boleh bernafas- secara tidak langsung dapat mencerahkan puting payudara.
 
  • Pemakaian PB boleh mengelakkan berlakunya payudara bernanah atau susu masam yang boleh menyebabkab breast cyst.

Pada ibu2 kt luar sane n bakal2 ibu... jangan jadikan alasan ye...yang menyusu ni susah bila pakai korset... 
Tak cube..Tak tahu!!!

Dapatkan set PREMIUM BEAUTIFUL sekarang ye ibu2...

pm@sms@call 

fara
019 2834647
fa_rin4@yahoo.com

Wednesday 12 September 2012

Segmen Hanif Idrus Menerjah


Kali ini fara nak join satu segmen dari blogger Hanif Idrus. Husband fara yang tag fara untuk join segmen ni. Motif segmen ni ialah untuk menarik lebih banyak trafik dan follower ke blog kita.Jeles tengok blog hubby fara yang dah banyak follower dia.

Blogger Hanif Idrus ni akan personally terjah blog kita. Harap backlink akan melimpah ruah macam income dari bisnes korset Premium Beautiful ni.

MULA PADA 27 AUGUST HINGGA 30 SEPTEMBER 2012

Cara nak sertai segmen ni pun senang jer. Kawan2 klik je kat banner segmen ni. Terus secara tak sedar kawan2 dah sampai ke blog abang ni

Nak tag pada kawan2 yang baca blog ni boleh? 

Tuesday 11 September 2012

Gangnam Style Boleh Memurtadkan




Demam Gangnam Style semakin menjadi-jadi dan ramai yang memperkatakan fenomena baru ini dari sudut positif dan negatif. Kalau nak difikirkan dari logik akal manusia yang waras, memang video klip Gangnam Style ada memaparkan bahan yang tidak patut ditonton oleh kanak-kanak. Pergaulan bebas lelaki dan perempuan memang tidak dibenarkan oleh Islam tetapi itu bukan halangan bagi mereka kerana budaya mereka memang tidak terikat dengan larangan tersebut. 

Aku ada terbaca satu printscreen yang dikongsi di Facebook yang mengatakan Gangnam Style ini menyesatkan. Sejauh mana kebenaran itu aku tak pasti sebab aku difahamkan Gangnam adalah nama satu tempat di Korea.
Printscreen mengatakan Gangnam Style membawa pada murtad


Di sini aku cuma ingin membincangkan sudut positif yang boleh dicontohi dari kejayaan muzik ini. Perkara pertama kita boleh lihat ialah rakyat Korea terus menerus berusaha menaikkan nama negara mereka di persada dunia melalui berbagai medium. Tidak kira dari sudut muzik, filem, drama dan artis mereka. Kemunculan banyak parody berkenaan Gangnam Style ini menunjukkan ia memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan. Kenapa kita rakyat Malaysia tidak mencipta sesuatu yang boleh menjadi fenomena seperti ini?
Apa saja gaya telah ditag sebagai Gangnam Style
Dari sudut perlumbaan teknologi pula, Korea memang jauh mengatasi negara kita. Walaupun telah disaman dengan jumlah yang tinggi, Samsung dengan selamba melancarkan gajet-gajet baru yang menjadi buruan penggila gajet. Ini membuktikan mereka tidak takut untuk terus bersaing di peringkat global di samping menjenamakan negara mereka sebagai penghasil gajet yang hebat dan berkualiti.
Samsung Galaxy Note 10.1..menawan..
Bidang automobil mereka juga menunjukkan kehebatan dengan pengenalan jentera baru. Mereka tidak pernah sunyi dari produk-produk yang hebat dan mampu memikat hati pengguna di luar sana baik di dalam dan luar negara Korea. Kalau dulu, Hyundai tidak dipandang namun sekarang ia telah menjadi sejarah di mana sekarang mereka mampu bersaing dengan jenama lain dalam memasarkan produk mereka.
Cantik dan menawan
Alangkah indah jika rakyat Malaysia bersatu hati dalam memajukan negara sendiri dan bersungguh-sungguh menaikkan nama negara seperti rakyat Korea di luar sana.Kita memiliki sumber dan tenaga kerja yang hebat namun ia dipersiakan kerana rakyat kita lebih suka bercakaran sesama sendiri kerana berlainan pendapat. Alangkah ruginya kerana orang lain berlumba-lumba untuk maju tetapi kita masih suka bersengketa yang langsung tidak memberi manfaat dan hasil yang positif untuk kelangsungan hidup generasi akan datang.
 
 
sumber:direct daripada Rojak One Malaysia

Friday 17 August 2012

GLAM DAN HARI RAYA

*VIDEO UCAPAN SEMPENA MENYAMBUT SYAWAL 2012*


FARA DAN GREEN LEADERS ACADEMY MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA!!!!!



MAAF ZAHIR BATIN
PADA YANG PULANG BERAYA
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA


INGATT!!!!!!!!!!!!!!!!

BELI PREMIUM BEAUTIFUL DARI KAMI!!

Wednesday 15 August 2012

TERBAIIKKKKKK!!!

PREMIUM BEAUTIFUL 
aka 
pakaian dalam TERBAIIIKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!


sape setuju???sila angkat tangan.....

PREMIUM BEAUTIFUL 
tidak menjanjikan..
badan korang kurus
badan korang langsing
 berat badan korang turun berkilo-kilo  
dalam SEKELIP MATA hokey!!! 
mane boleh lemak yang bertepu-tepu dalam badan korang tu hilang tibe2 macam tu..makan masa la..

akan tetapi

pemakaian PREMIUM BEAUTIFUL secara konsisten setiap hari..
dapat menjaminkan kesihatan dalaman terpelihara
bentuk badan semakin ade curve, yang penting da tak ade rumah pangsa lima tingkat tau..


bentuk badan turun secara sihat dan perlahan2..



Fabrik selesa dan tahan lama...
Support tulang belakang...
Membuang toksin....
Mendapat pengiktirafan SUPERBRANDS!



FOC Service for LIFETIME!

BANYAK MENDAPAT PENGIKTIRAFAN!
Rugi sangat-sangat kalau korang tidak milikinya!


produk paling laris
call/sms/ e-mel
019 2834647
fara

MENGANDUNG??MENGIDAM??

alhamdulillah..tahniah 
buat IRMA HASMIE  dan suaminya Redza Syah Azmeer.......sudah mengandung 5 minggu... Fara pon dengar melalui radio HOTFM je pagi tadi.. cepat betol cite irma mengandung ni tersebar yerk... 




ade sumber2 yg boleh dipercayai mengatakan...sekarang ni irma sedang mabuk2...muntah2..tak boleh terima makanan..kate nye lagi..suami Irma pula yang mengidam and menjadi kuat makan..besela tu mabuk2..

fara pon dulu...trimester pertama memang teruk alahan...muntah2..mabuk2..masuk makanan je muntah...huhu...rase macam makanan tu tak sempat pon hadam lagi, da keluar semula....pape pon, fara mesti kuat...sebab mase tu..kalo fara tak jaga kesihatan fara..sape lagi nak jaga kan...maklum la..masa fara mengandung, fara masih lagi PJJ ng husband (perkahwinan jarak jauh)..nak buat macam mana..da name nye keje...SYMP je la....sampai fara da nak bersalin baru la husband dapat bertukar ke Johor..syukur sangat2... rezeki baby orang kata... macam2 ragam orang mengandung ni kan... de yang fara dengar nak makan sabun la.. nak makan getah la..macam2...alhamdulillah fara tak mengidam pape, agaknya baby masa tue tau..yang papa dia dok jauh..tak nak susahkan mama dia ni ha...

tak sabar nak tunggu baby comel Irma Hasmie..moga sihat dan berjalan lancar segalanya..

*Irma Hasmie... jangan lupe tau..dalam pantang nanti..pakai la 
*PREMIUM BEAUTIFUL...*



Tuesday 14 August 2012

BE IN THE RIGHT GROUP

Hari ni fara nak cite2 kt u ollss tentang pengalaman  sendiri....
actually fara da banyak sangat dengar..pasal da join business..lepas tu tak menjadi, ditinggalkan leader,  tak ade guidance..  actually, semua benda ni da pernah terjadi pon pada Fara  sebelum ni.. Dulu dengan tak ade tunjuk ajar, Fara terkapai-kapai untuk wat sales..ilmu tentang bisnes zero..senang cite memang tak tau pape la.. …. 

Dengan mase tu Fara da berpindah ke JOHOR, disebabkan keperluan bertugas di JOHOR(sebelum ni Fara di KL).. memang tak ade sesape pon fara nak mintak tolong.. tak tau pon macamana nak buat bisnes ni..  tak tau nak cakap ngan orang macam mana….sape yg x nk berjaya kn??semua org nak Berjaya..

Fara bukan nk salah kan sesape TAPI berterima kasih la jugak kepada member Fara sebab memperkenalkan Fara dengan business ni pada satu masa dahulu.. setelah 6 tahun fara mendiamkan diri, TANPA buat pape.. sepanjang tu la bisnes fara tak berjalan..…senang kate 10 set korset yang ade tu..terbiar macam tu je, terperap,tersimpan bawah katil..

tapi dalam hati ni hanya Tuhan je yg tau....

Dengan keje government yang gaji nye pon ciput…lebih kurang Rm 25oo je.. dengan 2500 dapat buat ape je?? Tau x dengan gaji bawah RM 3ooo.. kire nye dah masuk dalam 
KATEGORI MISKIN BANDAR…. 

Ishh..kire nye fara ni tergolong dalam golongan ni ke…
tak boleh jadi nie......
Bukan fara tak BERSYUKUR dengan ape yang ade.
Bukan nak bermewah, 
tapi untuk untuk hidup selesa tu belum boleh lagi..pikir  untuk mase akan datang... tapi.. sendiri mau ingat laa..tepuk dada tanya poket…dengan keadaan sekarang ni..semua benda da jadi mahal..

minyak naik…
barang dapur pon naik…
kos kehidupan pon semakin meninggi.. 
nak2 dok kt Bandar JB nie… semua pon jadi mahal.. 

kenaikan gaji government pon bukan la banyak mane..
paling2 hanya 4% setahun...
walhal kenaikan harga barnag, inflasi lebih dari itu, 
 macam2 la yg diidam2 kan.. 
tapi terpakse sekat-sekat dan potong mana-mana..

Paling kesian, 
Fara tak mampu nk bagi mak ngan ayah duit bulanan pon…
paling banyak pon fara bole bagi 200..
kalo ade lebih, lebih la Fara bagi…dorang pon da banyak berjasa..
dari kecik menjaga Fara adik beradik,
 bersusah payah untuk anak2 dia, 
sebab dulu mak ngan ayah dari family yang susah..duduk kt kampung.. nak pegi interview keje mase dulu pon siap bergadai gelang tangan... 
skarang ni fara pulak kadang-kadang tu terpaksa pinjam ng diorang…
ishh patotnye fara yg kena bagi..tapi ni da terbalik….

Nak kata sepanjang fara bekerja , 
nak simpan duit untuk mase kecemasan tu memang payah la.. 
sebab tiap2 bulan pasti ade short mane2.. 
tak kan la sampai bile2  fara nak macam nie… 
dengan duit saving pon tak ade.. 
usia plak makin meningkat…

macam mana la 1 hari nanti kalo fara hilang upaya,
tak boleh bekerja??macam mana ng family fara?? 
Macam mana ngan saving pendidikan untuk anak fara
(mase ni bole la anak sorang lagi, kalo da 2-3 orang???)
mak ngan aba pon  da tua…
sempat ke fara nak balas jasa diorang??


Dalam hati kecil fara….fara mesti nak berubah, tak nak lagi tengok..tiap-tiap ujung bulan je terpakse ikat perut… dalam waktu yang sama, fara sibuk mencari peluang untuk membuat sesuatu yg boleh mengubah kehidupan fara sekeluarga…sekarang ni zaman internet da kan.. fara berjumpa dengan  eka dalam facebook je , dia ni buat bisnes yang sama dengan fara buat mase dulu..tapi kenapa eka boleh Berjaya?????kenapa aku tak boleh Berjaya??
(eka ni member 1 sekolah…yang dulunya..kami memang tak pernah bertegur sapa…maklumla Fara ni pendiam orangnya..susah sangat nak bukak mulut)

pada mulanya fara memang serik untuk buat  bisnes ni lagi disebabkan kegagalan masa lampau...
tapi hati ni terdetik untuk berubah..
dalam pada masa yang sama, fara menjadi silent reader blog hanis, tu pon fara dapat dari eka-kawan fara....…
tanpa buang masa, fara decide untuk jumpa dengan eka..
and dari situ la segalanya bermula..



Eka ni lagi la, anak 3 orang, bole dikatakan ade keje yang kukuh, income pon da besar, husband pon da ade bisnes sendiri… tapi, kenapa dia pilih nak buat bisnes ni jugak , buat income besar  lebih double lagi dari gaji hakiki..and macam mana dia boleh Berjaya??
Tak salah untuk fara mencube sekali lagi and fara percaya bahawa 

GAGAL SEKALI BUKAN BERMAKNA  FARA AKAN GAGAL SELAMANYA..

Fara tau..sememang nya fara sangat layak untuk terima kejayaan..macam orang lain.. Yang penting…kena percaya pada diri sendiri yang kita mampu buat.. actually fara sangat2 bersyukur kerana dpertemukan dengan bisnes ni..  

Buat fara yang dah pernah joint group dengan leader lain, terase memang banyak perbezaannya. Dulu memang susah sangat nak tengok kejayaan leader,  berbanding dengan sekarang, fara sangat bertuah berada di bawah pimpinan leader2 yang hebat..eka,fazi, hanis haizi..
yang banyak membantu fara untuk Berjaya dalam bisnes ni..
tak ade istilah..TOUCH N GO dalam group kami.. 

hanis haizi menjadi pencetus kepada gelombang PREMIUM BEAUTIFUL 
yang menjadikan Facebook & Blog sebagai media  untuk pasarkan PREMIUM BEAUTIFUL  !! 
  walau pon Hanis Haizi ni baru sahaja 3 tahun buat bisnes ni 
tapi da banyak muncul dalam majalah – majalah antara nya , NONA, NUR, yang terbaru..HIJABISTA,  
suratkhabr BERITA HARIAN 



and baru-baru ni GREN LEADER GROUP sudah pon mempunyai ACADEMY sendiri.. yang memang sungguh menbuktikan  bisnes PREMIUM BEAUTIFUL ni bukan bisnes main-main sehingga terciptanya academy sendiri.GLAM .

that’s why fara tak ragu-ragu  
 AND YAKIN YANG BISNES NI BOLEH PEGI JAUH DAN FARA BUAT KEPUTUSAN UMTUK REJOIN SEMULA

Dulu seriously fara tak mampu untuk buat..sebab tak ade bimbingan.. and sekarang tak sampai SEBULAN..fara da abes jual kesemua 10 set.. itu pon atas segala tujuk ajar dari leader fara yang tak putus-putus beri kate2 semangant pada fara..sape kate buat bisnes PReMIUm BEAUTIFUL ni susah… tengok fara sendiri da membuktikan



dalam masa tak sampai sebulan je da abes set premium beautiful… untuk anda yang kat luar sane tu… ketahui la.. korset premium beautiful ni sangat2 la laris macam goreng pisang panas tau..

Bukti semua da ade depan mata…orang Berjaya pon da ade depanmata..  CDM fazi selalu cakap..bisnes premium beautiful ni senang sangat dan memang terbukti menjadi…tinggl kita untuk follow je..sebab cdm hanis pon Berjaya dengan formula ni

Ilmu+bertindak+rujuk

Fikir la..sampai bile kita nak hidup dengan alasan????


fara nak jadi orang yang berjaya
semua orang pon mampu dan bole jadi orang yang Berjaya
kalau u olllsss nak tau macam mana hidup hanis,fazi bole berubah 
360 (degree) dengan bisness premium beautiful..


jangan malu,
jangan segan untuk contact / fara
 019 2834647
fa_rin4@yahoo.com
Come and join us!!

PREMIUM BEAUTIFUL JOHOR



Monday 13 August 2012

DUIT + DO IT

Agak2 da bersawang ke blog Fara ni erk…. ..bukan Fara tak ade, tapi bz menguruskan bisnes fara..psstt..pssst..bisnes pe tu?? 
Bisnes PREMIUM BEAUTIFUL… permintaan untuk korset Premium Beautiful ni sangat2 menakjubkan menjelang raya ni..nape??sebab…semua orang nak cantik di pagi raya… walau pon penat ke hulur ke hilir..jumpa client…tapi  fara rase gembira dan excited  sebab hasil penat lelah fara tu membuahkan hasil…. Betol la pe orang kate…bila kite ade duit…macam2 bole kita beli…apa yang kite suka…bukan kite beli  apa yang kita mampu… memang betol..DUIT bukan segala-galanya..TAPI segala-galanya perlukan DUIT…. Betolkan??

2 minggu lepas..mase fara pegi bank…maklum la..nak raye ni kan…semua pon sibuk nak tukar duit raye, termasuk la Fara...mase Fara sampai kat bank ..mak oii..ramai nye umat ……ingatkn ramai orang sibuk tukar  duit raya tapi..ghupe2nya..masing2 sibuk..nak buat LOAN RAYA….hah??biar betoll.. semata-mata nak raye ni.. terpaksa buat LOAN?? 

Bile pikir2 balik..nak raya nie..lagi la banyak duit nak pakai… mana tak nya,nak beli baju anak-anak, baju raya untuk  mak  ayah, kuih raya, langsir raya, sofa raya, duit raye nak bagi2, duit nak bagi mak ayah + mak ayah mertua, duit servis kereta, tol, minyak lagi…fuhhhhhh…memang banyak betol duit nak pakai mase raye nanti kan….kalo tak ade duit…macam mana nak sediakan semua tu,  sedangkan setiap bulan pon cukup-cukup je …so terpakse la buat LOAN.. 

Cube pikir..kalo da buat loan sampai 5 ribu semata-mata nak raya nie…nanti  lepas raya nie camne plak..terpaksa tanggung HUTANG….nanti HUTANG  tu pon bukan boleh bayar cepat…almaklumlah ditambah pulak dengan  KOMITMEN lagi…. 

Memang la mase raya ni kite kena belanja berpada-pada… tapi semua nya diluar jangkaan.. bertambah lagi zaman sekarang nie…semua harga barang pon naik…

Fara rasa bersyukur  dan beruntung sebab dipertemukan dengan peluang bisnes ni… dapat buat extra income.. semua nya untuk kegunaan fara pada masa hadapan…

fara selalu terpikir… sekarang Fara da kawen, ikut pulak suami..rase tak cukup lagi untuk membalas jasa mak dan ayah fara, sepatotnya..fara da bagi kesenangan hidup pada diorang mase diorang ade lagi…bukan nanti bile diorang da x ade kat dunia… baru nak rase menyesal sebb x dapat  bagi diorang kesenangan…

cukup ke simpanan fara setiap bulan??
cukup ke insuran untuk anak2  fara ??
camne plak nanti nak biaya persekolahan diorang nanti???
 
Cube bayangkan kalau gaji seisi rumah RM 5000 - ni untuk anak sorang je ni tau…. AND SEMUA NI  MINIMUM  PERBELANJAAN JE 

PERBELANJAAN
PENDAPATAN HUSBAND & WIFE

5000
Rumah
600

kereta
700

minyak
400

Bil-bil
300

anak seorang(pampers,susu,baju,klinik, etc)
600

duit mak ayah (200)x 2 belah
800

barang dapur
500

simpanan
200

personal loan/hutang belajar
200

shoping
400

BALANCE

300

Zaman sekarang ni..ape2 je perlukan duit…memang la Duit Bukan segala-galanya..tapi SEGALA-GALANYA perlukan duit….

Biar la orang cakap..ala jual baju dalam je… TAPI dengan  duit hasil jual BAJU DALAM nie la boleh menjana income  8k ,10k
 (per month)

Jangan malu, jangan segan..yang penting semuanya terletak pada diri kita sendiri……yang penting…
TEPUK DADA>>>TANYA POKET!!!


Fara
019-2834647
fa_rin4@yahoo.com




Monday 6 August 2012

Ada Apa Dengan Sepasang Kurung Biru

Assalamualaikum..

Tadi Fara pergi cari baju untuk anak buah, then terdengar lagu raya yang dipasang. Fara suka sangat lagu yang satu ni, Sepasang Kurung Biru. Nyanyian Khairil Johari Johar. Memang dah jadi lagu raya wajib untuk Fara. Sayu je bila dengar lagu tu. Lagu ini kiranya Top 5 lagu raya favourite Fara. Nak sertakan sekali lirik lagu ni
*sekadar gambar hiasan*

Sepasang Kurung Biru

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...

( korus )
Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...

Korang semua ada juga ke lagu raya favourite? Bolehlah kalau nak kongsi dengan Fara.

Sunday 5 August 2012

Lee Chong Wei Kecundang Lagi





Lee Chong Wei tewas lagi kepada Lin Dan. Tragedi di Beijing berulang kembali dan jiwa rakyat Malaysia terus menderita mengharapkan emas pertama Olimpik yang tak kunjung tiba. Setelah berjuang hingga ke mata terakhir, Chong Wei akhirnya akur dengan kehebatan Lin Dan.

 *si budak nakal Lin Dan*

Fara pun tengok game ni di Angsana Johor Bahru sebab tengah cari kasut raya Afiq Rayyan.Bayangkan satu tv kecik hitam putih, sampai berpuluh orang berkumpul untuk tengok pertarungan final ini. Begitu tinggi harapan rakyat Malaysia untuk melihat rakyat Malaysia pertama mengucup pingat emas Olimpik.

Mungkin ini akan menjadi Olimpik terakhir Chong Wei dan kita akan terus menanti siapakah yang akan mencatat nama menjadi rakyat Malaysia pertama mendapat pingat emas Olimpik. Harapan kita sekarang mungkin beralih kepada seorang lagi atlet yang ada kebarangkalian untuk menggondol pingat emas iaitu Azizuhasni Awang dalam acara berbasikal.



Adakah kita akan terus kecewa? Atau Olimpik 2012 akan menjanjikan satu kenangan manis kepada kontinjen Malaysia. Siapa tau?